Usaha-usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik

Setiap pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana keputusan yang cemerlang dapat menjamin keselesaan hidup pada masa depan. Tanpa pencapaian akademik yang baik, masa depan seseorang diibaratkan seperti telur di hujung tanjuk. Oleh itu, pelajar-pelajar digalakkan mengisi masa lapang dengan baik untuk meningkatkan prestasi akademik sendiri sebelum nasi menjadi bubur. Terdapat beberapa uasaha yang efektif untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Antara usaha ialah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah dengan rajin mengulangkaji pelajaran. Setelah waktu persekolahan, pelajar-pelajar disaran untuk mengulang kaji palajaran yang diajar di sekolah secepat mungkin. Tindakan sedemikian adalah untuk memastikan ilmu yang baru diperolehi itu tidak mudah dilupakan. Cara ini sangat berkesan bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik.

Selain itu, pelajar perlu rajin mengunjungi perpustakaan. Pihak sekolah telah melengkapkan perpustakaan sekolah dengan pelbagai jenis buku untuk rujukan pelajar. Dengan itu, pelajar tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli apa-apa buku rujukan. Bukan itu sahaja, suasana perpustakaan yang senyap dan kondusif juga sangat sesuai untuk belajar. Oleh itu, pelajar-pelajar lebih fokus untuk belajar tanpa gangguan orang ramai.

Seterusnya, pelajar juga boleh kerap mengadakan perbincangan berkumpulan. Melalui cara ini, para pelajar dapat berkongsi ilmu bersama-sama rakan. Ilmu pengetahuan ahli kumpulan juga akan ditingkatkan. Ahli kumpulan boleh saling melengkap dengan berkongsi nota dan latihan yang mereka ada. Dengan belajar dengan rakan-rakan, pelajar dapat belajar dengan lebih selesa. Lantaran itu, belajar secara berkumpulan dapat membantu pelajar untuk belajar.

Tuntasnya, pelajar-pelajar perlulah belajar dengan tekun bagi meningkatkan pencapaian akademik. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, pelajar harus membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s