Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak ergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Namun, alam sekitar di negara kita semakin tercemar. Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara boleh dilakukan menjaga kebersihan tersayang kita.

Antara usaha untuk menjaga kebersihan kawasan sebenarnya bermula dari rumah. Institusi keluarga haruslah memainkan peranan dalam ikhtiar menjaga kebersihan. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik untuk mengutamakan kebersihan rumah supaya dapat diikuti oleh anak-anak. Bak kata peribahasa “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Ibu bapa juga harus membimbing anak-anak membersihkan kawasan rumah supaya amalan itu dapat dijadikan rutin setiap keluarga. Tindakan ini sudah pasti dapat menerapkan nilai mementingkan kebersihan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, institusi keluarga merupakan salah satu usaha bagi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Selain itu, semua anggota masyarakat harus membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di tempat-tempat khusus. Tidak dapat dinafikan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan tong sampah sama ada tong sampah kitar semula atau tong sampah statik di tempat-tempat khusus bagi memudahkan penduduk mengendalikan sampah-sarap dalam kehidupan seharian mereka. Dengan kemudahan itu, tidak ada sesiapa pun boleh memberikan apa-apa jua alasan untuk membuang sampah merata-rata tempat seperti peribahasa “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Jelasnya, rakyat harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara kebersihan kawasan persekitaran.

Seterusnya, jawatankuasa sesebuah taman perumahan juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan mereka. Aktiviti sebegini sudah pasti dapat menggerakkan penghuni-penghuni di kawasan perumahan itu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Menerusi aktiviti tersebut anggota masyarakat akan menggembleng tenaga untuk membersihkan kawasan kediaman di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sikap toleransi turut boleh dipupuk kerana aktiviti sebegini melibatkan penghuni yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti gotonh-royong juga merupakan salah satu usaha bagi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Kesimpulannya, usaha menjaga kebersihan kawasan persekitaran merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mewujudkan suasana yang bersih dan nyaman supaya kesihatan semua terjamin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s