Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah selalu berada dalam keadaan yang selamat dan kondusif. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.

Antara langkah ialah pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Bak kata peribahasa, “Sediakan payung sebelum hujan“. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan dengan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik pelajar tentang cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

Selain itu, pihak berkuasa patut mempamerkan tanda amaran bahaya di kawasan merbahaya  seperti tapak pembinaan di kawasan sekolah, bahan berbahaya di dalam makmal sekolah, kawasan voltan tinggi dan sebagainya. Tanda amaran bahaya ini merupakan salah satu cara komunikasi antara staf, pelajar dan pelawat mengenai kawasan berisiko stau bahan berbahaya. Tanda amaran berbahaya ini perlulah mudah dibaca dan dikenalpasti supaya dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut. Natijahnya, pelajar-pelajar akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan jika langkah di atas dapat diambil.

Di samping itu, pihak sekolah wajar meningkatkan kawalan keselamatan. Pintu sekolah mestilah dijaga dengan rapi pada setiap masa. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Sesungguhnya, kawalan keselamatan bukan sahaja meyakinkan ibu bapa malahan juga dapat meningkatkan imej sekolah.

Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga haruslah menyediakan pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, pihak sekolah juga harus mengadakan latihan kebakaran. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tegasnya, cara ini sudah pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan warga sekolah.

Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak semasa berada di kawasan sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa juga harus memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar. Dengan kerjasama semua pihak, pelajar-pelajar sudah pasti akan berada dalam keadaan yang selamat semasa berada di kawasan sekolah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s