Punca-punca Pencemaran Sungai

Sungai sangat penting dalan kehidupan manusia. Sungai merupaja laluan terpenting dalam pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Sungai juga merupakan sumber air dan sumber protein manusia. Namun, sungai negara kita kian tercemar. Pencemaran sungai ini diibaratkan sebagai duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan pencemaran sungai.

Antara punca ialah sikap manusia yang diibaratkan sebagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat segelintir pendudukyang tinggal berhampiran dengan sungai asyik membuang sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap yang memenuhi sungai sudah pasti akan mencemarkan air sungai. Oleh itu, sikap manusia yang berpeluk tubuh mengakibatkan pencemaran sungai.

Selain itu, kilang-kilang juga mendorong berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina berdekatan dengan sungai menganggap sungai sebagai tempat yang mudah untuk menghapuskan bahan-bahan buangan yang dihasilkan. Cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai itu tidak dirawat dan mengandungi toksik yang merbahaya. Jelasnya, kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab juga menyebabkan pencemaran sungai.

Akhir sekali, aktiviti pembalakan yang bagai cendawan tumbuh selapas hujan turut mengakibatkan pencemaran sungai. Pembalakan yang haram dan tidak terancang akan melonggarkan akan menonggarkan struktur tanah, menyekat dan menghalang laluan air. Hal ini sudah pasti akan menjejaskan kawasan tadahan semulajadi. Apabila hujan turun dengan lebat, tanah akan dibawa oleh air hujan lalu mengotorkan dan mencetekkan air sungai. Oleh itu, aktiviti pembalakan akan mengancam kualiti air sungai.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s